Lelaki maut tercampak keluar kereta, tersangkut di dahan kelapa sawit

LocalCars
3 Jun 2026 • 1:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut tercampak keluar kereta, tersangkut di dahan kelapa sawit
Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya sebelum ditemukan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit di Kampung Panggong Jaya, Gua Musang pada Rabu. Foto:JBPM
Image from: Lelaki maut tercampak keluar kereta, tersangkut di dahan kelapa sawit
Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya sebelum ditemukan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit di Kampung Panggong Jaya, Gua Musang pada Rabu. Foto:JBPM

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya sebelum ditemukan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit di Kampung Panggong Jaya di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.58 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhamad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada jam 11 pagi sebelum sebuah jentera bersama pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi.

Menurut beliau, anggota bomba tiba di tempat kejadian pada jam 11.11 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia serta lori.

"Sebaik tiba, kami mendapati seorang mangsa lelaki tercampak keluar dari kereta dan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit berhampiran lokasi kemalangan.

**media[3539086]**

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ujar beliau, operasi itu turut melibatkan sembilan anggota BBP Gua Musang dengan bantuan Polis.

Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.50 pagi selepas keadaan disahkan selamat.