Warga emas hilang di Gua Tepadung ditemukan selamat selepas seminggu

3 Jun 2026 • 8:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Warga emas hilang di Gua Tepadung ditemukan selamat selepas seminggu

LAHAD DATU, 3 JUN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang hilang ketika mencari sarang burung walit bersama-sama dua rakannya di Gua Tepadung di sini ditamatkan hari ini selepas mangsa ditemukan selamat di kawasan ladang kelapa sawit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata operasi itu, yang dimulakan pada 10.20 pagi, ditamatkan pada 2.50 petang selepas menerima maklumat berhubung penemuan Ismail Ibrahim, 61, di ladang berkenaan pada 12.43 tengah hari.

"Pemeriksaan kesihatan dijalankan sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Ismail dilaporkan hilang pada 26 Mei lepas dan usaha mencarinya oleh rakan dan ahli keluarga berdepan jalan buntu.

Polis kemudian menerima laporan berkaitan kehilangan mangsa pada Ahad lepas sebelum operasi SAR dilaksanakan yang turut melibatkan pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved