Lelaki maut tersepit dalam Myvi

13 Oct 2022 • 8:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan selepas terbabit nahas dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada awal pagi Khamis. - Gambar ihsan JBPM Pahang

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, awal pagi Khamis.

Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 1.27 pagi itu, mangsa tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi dipandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler dilaporkan selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, susulan kejadian, enam anggota termasuk seorang pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Menurutnya, operasi turut dibantu enam anggota bomba dari BBP Muadzam Shah.

Anggota yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa berjaya dikeluarkan bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved