Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

5 Aug 2024 • 8:41 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Proton X50 yang remuk selepas melanggar pembahagi jalan - Gambar JBPM Pulau Pinang

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, PBK II Mohamad Hirman Mat Rodzi berkata, kejadian tersebut berlaku di di KM 18.2, Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Menurut beliau, X50 itu sedang dalam perjalanan dari Batu Kawan menghala ke Batu Maung, Bayan Baru, Pulau Pinang. 

“Mangsa didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. 

“Pasukan Bomba daripada BBP Bayan Baru seramai lapan orang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 6.09 pagi dengan membawa jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS,” katanya.

Jelas Mohamad Hirman, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved