Lelaki melecur 50%, dua rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran di Melaka

22 Dec 2025 • 7:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Kebakaran di Kampung Pengkalan Rama Pantai musnahkan dua rumah separuh kekal, seorang lelaki cedera melecur 50% dan dihantar ke Hospital Melaka

MELAKA: Seorang lelaki mengalami kelecuran kira-kira 50% manakala dua buah rumah jenis separuh kekal musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Kampung Pengkalan Rama Pantai.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.28 tengah hari.

Pasukan bomba mendapati dua rumah berkeluasan 20×40 kaki persegi itu telah terbakar 100% dengan api sedang marak.

Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan enam pancutan air daripada dua aliran sepanjang 200 kaki dari pili bomba.

Kebakaran berjaya dikawal pada 1.50 petang, kira-kira 22 minit selepas pasukan bomba tiba di lokasi.

Mangsa lelaki yang melecur telah diberikan rawatan awal di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Melaka.

Operasi itu melibatkan 15 anggota bomba dengan kerja pemadaman dan pemantauan masih diteruskan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved