Lelaki melecur teruk kebakaran di Kolombong

18 Dec 2024 • 5:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 54 tahun mengalami melecur teruk dalam kebakaran rumah di Taman Nelly, Kolombong, tengah malam Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan Woo Chee Ke melecur sehingga 80 peratus pada tubuhnya dan kini sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth 2.

AdvertisementKetua Balai Bomba Lintas, Agustavia Joe Guasi, ketika dihubungi berkata kebakaran dipercayai bermula dari kawasan dapur flat berkenaan, manakala jiran dan pengawal keselamatan mengatakan mangsa tinggal bersendirian.

Menurut laporan Pusat Operasi JBPM Sabah, rumah berkeluasan 20x30 kaki persegi itu terbakar sehingga 20 peratus.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Sebelas anggota dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima jam 12.49 tengah malam melalui talian MERS999.

Pasukan tiba dalam tempoh empat minit dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa sembilan minit menggunakan sumber air dari jentera bomba. Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});