Lelaki Mengaku Rogol 42 Ekor Anjing, 39 Daripadanya Mati Diseksa

29 Sep 2023 • 2:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki buat seks brutal bersama 42 ekor anjing, dan 39 terkorban

Lelaki Mengaku Rogol 42 Ekor Anjing, 39 Daripadanya Mati Diseksa. Terbaharu, Zoologi terkenal, Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan berkaitan salah laku seks dengan haiwan dan memiliki material penderaan kanak-kanak.

Menurut laporan, pertuduhan tersebut telah dibacakan di mahkamah di Australia. Difahamkan, sifat kejam dan ‘gila’ Britton yang bekerja dengan BBC dan National Geographic terbongkar menerusi beberapa rakaman yang diperolehi.

image is not available
Sumber: bbc

Melakukan seks secara brutal terhadap haiwan sehingga ada yang mati

Bukan itu sahaja, memetik laporan BBC, Britton yang berusia 51 tahun itu telah melakukan seks secara brutal bersama 42 ekor anjing, 39 daripadanya mati menderita.

Nafsu terhadap haiwan sejak 2014

Dalam pada itu, Britton yang pekerjaan terkininya lebih banyak menguruskan buaya didakwa mula memiliki sikap keji atau memiliki nafsu terhadap haiwan sejak 2014.

Dipercayai dia akan memperdaya pemilik haiwan seperti anjing untuk dipelihara sebelum menyeksa binatang-binatang tersebut.

image is not available
Sumber: gempak

Bahkan, tidak cukup dengan menyeksa, Britton turut merakamkan aksi jijiknya sebelum berkongsikan video tersebut di alam maya dengan menggunakan nama samaran. Sumber melaporkan hukuman terhadapnya akan dijatuhkan dalam masa terdekat.

Baca juga artikel yang berkaitan: