Lelaki mengaku tidak salah rogol, cederakan wanita warga asing

10 Jul 2026 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki mengaku tidak salah rogol, cederakan wanita warga asing

Kota Kinabalu: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas pertuduhan merogol seorang wanita warga asing pada bulan lepas.

Tertuduh Moh Al Fradzmer, 33, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Hurman Hussain selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Moh Al didakwa merogol wanita berkenaan yang merupakan pemegang dokumen IMM13 antara jam 2 pagi hingga 5 pagi pada 22 Jun tahun ini di kawasan tempat letak kereta Stadium Likas.

Mengikut pertuduhan, ketika melakukan perbuatan tersebut tertuduh turut menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Moh Al didakwa di bawah Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh sementara menunggu kes tersebut diselesaikan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved