“Semua bergantung kepada individu, bukan jantina” – Cik Epal Sangkal Kenyataan Wanita Tak Suka Lelaki Miskin

10 Jul 2026 • 6:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft cik epal

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Cik Epal sangkal pertikaian daripada individu yang berpendapat bahawa ramai wanita yang tidak memilih lelaki miskin berbanding lelaki yang boleh menerima wanita miskin.

Tidak berdiam diri, Cik Epal menepis kenyataan tersebut dengan memberikan contoh-contoh sikap lelaki yang lupa diri.

Artikel berkaitan: “Tujuan kau bukan nak menang lawan dia” – Cik Epal Kongsi Tips Nak Lawan Orang Narsistik

Artikel berkaitan: Ada Terima DM Minta Tips, Cik Epal Titip Pesanan Buat Wanita Yang Baru Bercerai

“Lelaki tak kisah terima wanita miskin. Tapi perempuan? Takut terima lelaki miskin.”

Menurut Cik Epal, masih ramai wanita yang sanggup hidup susah bersama pasangannya namun diakhiri dengan pengkhianatan.

Namun begitu, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud ini tidak tidak menafikan bahawa bukan semua lelaki bersikap sebegitu dan masih ada lagi yang setia, hargai pengorbanan pasangan dan kekal menjaga amanah rumah tangga. Cik Epal juga menegaskan bahawa semuanya bergantung kepada individu, bukan jantina.

Screenshot 2026 07 10 175536

Berdasarkan pemantauan kami, didapati individu tersebut telah memadamkan hantaran tersebut namun, masih lagi terdapat kenyataan Cik Epal di Threads.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved