Lelaki mengamuk di sekolah hanya latihan demonstrasi keselamatan

3 Feb 2023 • 11:07 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Polis mengesahkan video tular memaparkan lelaki membawa sebatang kayu dan mengamuk di kawasan sebuah sekolah di sini dua hari lepas merupakan sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi membuat kenyataan dan spekulasi tidak berasas berkenaan video berkenaan.

“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di Sikamat dan pihak sekolah mengesahkan ia merupakan sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan yang dijalankan pada 1 Feb lepas di sekolah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 1.03 minit memaparkan seorang lelaki membawa sebatang kayu mengamuk dalam kawasan sekolah kerana anaknya dipukul oleh guru sehingga menimbulkan salah faham awam. -Bernama