Lelaki Mengamuk Tidak Dipanggil ‘Baby’ Sudah Ditahan Polis

10 Jun 2023 • 3:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular video seorang lelaki mengamuk di sebuah restoran hanya kerana tidak dipanggil ‘baby’ dan ayang oleh pelayan di restoran itu.

Lelaki berkenaan akhirnya ditahan pihak polis ketika berada di sebuah premis di Jalan Samudera utara 2, Taman Samudera 68, Batu Caves, Selangor, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, mereka menangkap lelaki itu pada pukul 1 pagi dan mendapati suspek merupakan seorang penganggur.

Suspek turut memiliki pelbagai rekod lampau membabitkan jenayah penipuan, mencuri, menghalang tugas penjawat awam dan ugutan jenayah.

Suspek telah dibenarkan ditahan reman selama empat hari, bermula dari tarikh hari ini sehingga Selasa oleh Mahkamah Majistret Shah Alam.

https://www.tiktok.com/@darlisnasidagangganu/video/7241463877114924290

Sebelum ini, lelaki berkenaan didakwa mengamuk hanya kerana tidak dipanggil ‘baby’ oleh pelayan restoran itu sehingga bertindak membaling beberapa biji kerusi dan menendang meja di sebuah restoran sekitar Putra Heights, di sini, Ahad lalu.

image is not available

Bukan itu sahaja, lelaki yang berusia 50 tahun itu turut menjerit dan membaling bungkusan minuman panas sehingga terkena pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun, namun didapati tiada kecederaan.

Tambahan, kejadian ini terjadi apabila pekerja lelaki itu memanggil lelaki berkenaan dengan panggilan ‘pak cik’ tetapi lelaki itu meminta pekerja itu memanggil dirinya dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’ tetapi tidak diendahkan oleh pekerja lelaki berkenaan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved