Selamba Bogel Di Balkoni Hotel, Polis Tahan Individu Lelaki Di Semporna

10 Jun 2023 • 3:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selamba berdiri di balkoni tanpa seurat benang

Selamba Bogel Di Balkoni Hotel, Polis Tahan Individu Lelaki Di Semporna. Pelancong warga asing ditahan polis selepas video dia berbogel di balkoni sebuah hotel di sini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki warga China berusia 40 tahun itu ditahan pada 9.30 malam semalam.

image is not available
Selamba Bogel Di Balkoni Hotel, Polis Tahan Individu Lelaki Di Semporna. Kredit: Google

Katanya, tangkapan dibuat selepas pihaknya mengesan video berdurasi sembilan saat menunjukkan seorang lelaki keluar ke balkoni hotel yang menghadap jalan raya tanpa sebarang pakaian.

Perbuatan beliau dirakaman oleh orang awam

“Aksi lelaki itu telah dirakam oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit sebelum tersebar di laman media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata, suspek kini direman empat hari hingga 12 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan berkelakuan lucah di tempat awam.

image is not available

“Individu yang merakam kejadian itu juga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji atau tampil di IPD Semporna atau mana-mana balai berdekatan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: