Lelaki Menggigil Dakwa Diekori Sejak Pagi, Merayu Dalam Tren Minta Bantuan

6 Aug 2025 • 9:34 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Lelaki Menggigil Dakwa Diekori Sejak Pagi, Merayu Dalam Tren Minta Bantuan

Sebuah video tular di media sosial meruntun hati ramai apabila seorang lelaki berbangsa India dilihat menggigil ketakutan sambil merayu meminta bantuan di dalam tren apabila mendakwa dirinya diekori sejak pagi oleh individu yang mahu membunuhnya.

image is not available

Lelaki menggigil dakwa ada yang mahu bunuh

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok urbogrl , lelaki yang diekori terbabit mendakwa abang kandungnya sendiri telah mengambil insurans atas namanya dan kini mengupah orang untuk membunuhnya.

“Dari pagi mereka ikut saya kak. Abang saya ambil insurans, nak bunuh saya. Abang saya nak bunuh saya. Mereka ikut saya.
“Viralkan, tolong selamatkan saya. Abang saya nak bunuh saya, mereka hantarkan orang. Tolong bantu, tiada orang nak bantu saya.
“Saya dah buat report dah. Orang ganggu saya, ambil insurans nak bunuh saya. Abang kandung saya. (Tolong) masukkan dalam TikTok, Facebook,” ujarnya dalam keadaan cemas.

Lelaki menggigil sambil tunjuk laporan polis

Lelaki itu dilihat memegang beberapa helaian kertas dipercayai laporan berkaitan, sambil diperhatikan penumpang lain yang kelihatan terpinga-pinga.

image is not available

Rapid KL mahukan maklumat

Video menyayat hati itu telah meraih lebih 2.2 juta tontonan di TikTok dan turut dikongsi oleh ramai pihak di media sosial.

Ruangan komen dibanjiri doa dan simpati daripada netizen yang bimbang akan keselamatan lelaki berkenaan termasuklah RapidKL yang ingin mengetahui lebih lanjut kejadian tersebut berlaku.

image is not available

Tak pasti betul ke tak, tapi marilah bantu dulu

image is not available

Kita doakan yang baik-baik

image is not available

Bagus dia cari tempat selamat

image is not available

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung situasi terkini lelaki terbabit.

Sumber: TikTok urbogrl