Lelaki Meninggal Dunia Lepas Kena Serangan Jantung Ketika Tonton Filem Avatar 2

Entertainment
25 Dec 2022 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki di India meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menonton filem baharu James Cameron, Avatar: The Way of Water.

Kejadian itu berlaku di daerah Kakinada di selatan negeri Andhra Pradesh. Dalam insiden itu, lelaki yang dikenali sebagai Lakshmireddy Srinu tiba-tiba rebah di dalam sebuah panggung wayang.

image is not available
Gambar hiasan

Memetik laporan The Independent, Srinu berada bersama adik lelakinya rebah di pertengahan filem dan disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Peddapuram.

Bercakap mengenai kes ini, pakar perubatan, Dr. Sanjeev Gera, memberitahu, bekas pesakit Covid akan mengalami keradangan yang berterusan dalam saluran darah. Akibat dari tekanan darah yang tinggi ketika menonton filem, arteri jantung mungkin pecah dan boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba.

image is not available

Kematian sebegini memang sering berlaku semasa perlawanan menarik atau ketika berada dalam situasi yang penuh beremosi. ]

Walau bagaimanapun, filem Avatar 2: The Way of Water itu sendiri tidak mungkin menyebabkan kematian kepada penonton.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.