Lelaki menjahit 5 hari tanpa henti

15 Oct 2026 • 5:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki menjahit 5 hari tanpa henti

ABUJA – Seorang tukang jahit di Nigeria, Abdulkadir Hassan menyempurnakan cabaran menjahit selama 120 jam tanpa henti untuk mencipta nama dalam Guinness World Records kategori maraton menjahit paling lama, lapor Nigerian Tribune.

Abdulkadir menjahit tanpa henti selama lima hari berturut-turut, sekali gus mencuri tumpuan orang ramai dan pengguna media sosial yang mengikuti cabaran ketahanan luar biasa itu.

Menerusi rakaman video tular di media sosial, dia meraikan kejayaan dengan memanjat doa kesyukuran, diiringi sorakan gemuruh daripada para penyokongnya..

Abdulkadir turut mendedikasikan usaha itu bagi membantu golongan kurang bernasib baik dengan menghasilkan pakaian seragam sekolah percuma untuk kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Inisiatif murni itu menggabungkan kemahiran menjahit dengan misi kebajikan demi menyokong pendidikan kanak-kanak serta meringankan beban kewangan keluarga miskin.

Malah, sebahagian besar pengguna laman sosial menyifatkan pencapaian itu sebagai kebanggaan buat seluruh tukang jahit dan pereka fesyen di Nigeria. – AGENSI

 

The post Lelaki menjahit 5 hari tanpa henti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved