Seorang lelaki menyamar jadi patung sebelum merompak barangan kemas di sebuah pusat beli belah di Poland akhirnya telah berjaya ditahan pihak berkuasa.
Menurut laporan Kosmo, lelaki yang berusia 22 tahun itu sanggup berdiri kaku di tepi tingkap kaca pusat beli-belah di Warsaw sebelum melakukan rompakan.
Lelaki menyamar jadi patung

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), dia sedang memegang beg sambil menjulurkan lengan berhampiran dengan patung yang berada di tempat kejadian.
“Selepas mendapati keadaan selamat, suspek merompak kedai barang kemas,” kata polis.
Apa yang lebih mengejutkan, suspek yang sama turut terlibat dalam kes berlainan di mana menyelinap di bawah bidai sebuah kedai pakaian berjenama lalu menukar pakaian yang dicuri.

Bagaimanapun, pihak berkuasa telah berjaya menahan suspek sewaktu menjamah makanan di sebuah restoran.
“Lelaki itu turut melakukan kegiatan mencuri dan pecah masuk kedai lain selepas ia ditutup. Dia mengambil wang daripada beberapa mesin wang dan mencuri barang lain,” kata polis.
Sumber: Kosmo
The post Lelaki Menyamar Jadi Patung Sebelum Rompak Barang Kemas appeared first on Borak Daily.



