Bertahun Hanyut Jadi Transgender, Lelaki Syukur Diberi Peluang Peluk Islam

20 Oct 2023 • 12:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang lelaki meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang memeluk Islam selepas bertahun hanyut jadi transgender sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Robin itu di laman TikToknya, dia menunjukkan perjalanan kehidupannya sebelum menjadi seorang muslim sejati.

Bertahun hanyut jadi transgender

Dalam perkongsian tersebut, dia turut meminta orang ramai supaya menghormati keputusannya untuk memeluk Islam dan enggan untuk mengulas lebih mendalam berkenaan perkara tersebut di media sosial.

“Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk berubah sejak bertahun-tahun lagi. Sekarang saya dapat kekuatan untuk memeluk Islam dan saya meminta kepada semua orang untuk menghormati keputusan.

“Sila bersangka baik dan saya tidak mahu bercakap mengenai agama di media sosial, namun saya perlu jelaskan kepada orang ramai memandangkan personaliti saya sangat berbez asebelum ini.

“Jangan risau tentang saya, saya rasa lebih baik, tenang dan gembira dengan pilihan yang saya lakukan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

image is not available

image is not available

Netizen turut bersyukur, gembira

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan gembira terhadap perubahan yang dilakukan oleh Robin yang ternyata akan memberi impak yang besar dalam kehidupannya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga terus istiqamah

Malah, ramai yang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam mempelajari agama Islam dan berharap agar urusannya sentiasa dipermudahkan.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Robin