Lelaki Menyerupai Wanita Di Majlis Bertaraf Antarabangsa Ditegur, JAWI Diarahkan Siasat

LocalPolitics
25 Dec 2025 • 4:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki tampil berpakaian wanita di sebuah majlis yang bertaraf antarabangsa.

Video tersebut mengundang kecaman tambahan pula lelaki tersebut merupakan seorang muslim.

JAWI diperintah siasat, SKMM diminta turunkan kandungan berkaitan

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan menegaskan pihaknya memandang serius insiden tersebut.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Agama telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat isu tular tersebut.

image is not available

Menteri Hal Ehwal Agama turut menjelaskan bahawa perbuatan menyerupai jantina lain adalah bertentangan dengan syariat Islam dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.

Selain aspek penguatkuasaan, Dr. Zulkifli menekankan bahawa pendekatan dakwah akan terus diperkukuh melalui khutbah, program keagamaan dan penyampaian di media sosial.

Usaha ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat serta mengekalkan keharmonian dan nilai budaya negara.

Pssttt! Isu ini menunjukkan betapa pentingnya sensitiviti budaya dan agama dijaga dalam setiap acara, lebih-lebih lagi majlis rasmi. Diharapkan tindakan tegas diambil untuk memberi pengajaran.

Kredit: Facebook YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Lelaki Menyerupai Wanita Di Majlis Bertaraf Antarabangsa Ditegur, JAWI Diarahkan Siasat appeared first on Oh! Media.