KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mempunyai 15 rekod jenayah lampau diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam kes samun wang tunai berjumlah RM 311.95 di sebuah premis perniagaan di Jalan Raja Laut Chow Kit di sini pada Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superitendan Nuzulan Mohd Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun sekitar jam 9.36 pagi.
"Dalam kejadian pada jam 6.52 pagi hari sama, pengadu merupakan juruwang di premis berkenaan memaklumkan telah didatangi seorang lelaki dan bertindak merampas wang tunai berjumlah RM311.95 daripada mesin juru wang.
“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek berumur 40 tahun sekitar jam 2.36 petang pada Selasa di Brickfields bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Nuzulan berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek disahkan positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan tetrahydrocannabinol.
“Perintah tahanan reman ke atas suspek akan dilaksanakan esok (Rabu) bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," ujarnya.


![Tular Lelaki Berpakaian Ala Tentera & Pegang Senjata: Polis Buka Kerta Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Polis-Buka-Kertas-Siasatan-Lelaki-Berpakaian-Ala-Tentera.jpg?t=1782187222)



