Tular Lelaki Berpakaian Ala Tentera & Pegang Senjata: Polis Buka Kerta Siasatan [Video]

23 Jun 2026 • 11:33 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Lelaki Berpakaian Ala Tentera & Pegang Senjata: Polis Buka Kerta Siasatan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (22 Jun), kecoh di media sosial video penampakan seorang lelaki yang didakwa berpakaian mirip tentera ‘Jepun’ siap dengan senapang berjalan seorang diri.

Menerusi hantaran tular di Threads, individu berkenaan didakwa berkeliaran di sekitar Taman Bukit Desa, Kepong malah ia turut mendapat perhatian warganet.

View on Threads

Polis Siasat Dakwaan Lelaki Tular Berpakaian Ala Tentera

Terbaharu, polis telah membuka kertas siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti pasukan keselamatan serta memliki senjata disyaki tiruan.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira jam 4.31 petang semalam.

Jelas Ibrahim, laporan itu diterima oleh seorang anggota di Kaunter Aduan Balai Polis Desa Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) setelah video tersebut tular dalam aplikasi WhatsApp.

“Siasatan awal mendapati individu terbabit merupakan seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya.

Siasatan Dibuat Mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan & Seksyen 36 Akta Senjata 1960

Tambah Ibrahim, satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan telah dibuka mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian askar, kelasi atau askar udara. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Manakala, siasatan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 juga dijalankan atas kesalahan memiliki dan mengimport senjata tiruan.

Pada masa yang sama, Ibrahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Prakash Sithambaram, di talian 012-2940827 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu melengkapkan siasatan,” jelasnya.

Pakai Uniform Lengkap Seperti Tentera Satu Kesalahan Jenayah Di Bawah Konteks Penyamaran

Sebagai info, memakai pakaian uniform lengkap atau memiliki tanda menyerupai medal penghargaan tentera oleh orang awam adalah satu kesalahan jenayah.

Seksyen 140 KK ini memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

Definisi uniform lengkap disini adalah pemakaian uniform iaitu baju celoreng, seluar celoreng, kasut but, beret dan pangkat yang boleh ditafsirkan sebagai penyamaran.

Pun begitu, memetik Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, penggunaan pakaian harian atau fesyen yang biasa digunakan oleh orang awam adalah dibenarkan sebagai contoh:

  • Seluar cargo celoreng dengan T-shirt kosong
  • Jaket celoreng fesyen (bukan potongan tentera)
  • Topi/Beg corak celoreng biasa (Generic Camo / Woodland / Fashion Pattern)

Celoreng ATM Dilindungi Di Bawah Harta Intelek

Buat anda yang tidak tahu, corak celoreng Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sebenarnya dilindungi di bawah Harta Intelek (IP).

Corak celoreng ini yang didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah milik mutlak Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Justeru, mana-mana pihak tidak dibenarkan meniru mahupun mencetak atau menjual corak yang sama tanpa kebenaran.

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Didakwa Lesap Selepas Seminit

Terdahulu, seorang pengguna Threads mendakwa polis telahpun datang ke kawasan sekitar bagi mencari lelaki berkenaan.

Malah, pengguna itu mendakwa penduduk setempat telah berkongsi mengenai individu terbabit dalam group WhatsApp namun didakwa hilang ketika pengawal keselamatan membuat rondaan.

“Hati-hati penduduk Kepong terutama sekitar Bukit Desa, Usaha Jaya, Usaha Ehsan, Aman Puri dan kawasan berhampiran. Seorang lelaki berpakaian ala tentera Jepun bersenapang sedang berkeliaran.

“Polis dah datang cari tapi tak jumpa. Hilang dalam seminit je (10.37 malam residen share dalam group, 10.38 malam security dah cari tapi tak jumpa!). Hati-hati semua,” tulisnya.

Baca Artikel Berkaitan:

Dolla Perform Guna Celoreng Askar, Bekas Pelajar UPNM Desak Tindakan Undang-Undang Diambil
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved