Lelaki miliki 15 rekod jenayah ditahan bersama lebih 60kg dadah pelbagai jenis

22 Oct 2022 • 4:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Seorang lelaki yang memiliki 15 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki memiliki lebih 60 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM190,200 di sebuah rumah di Kampung Baru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan hari ini berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan bersama 59 kg dadah jenis kanabis, methamphetamine (1.01 kg) dan heroin (450 gram).

Beliau berkata lelaki terbabit yang positif dadah jenis amphetamine, ketamin serta morfin menerusi ujian saringan awal air kencing, pernah ditahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Katanya lelaki itu direman hingga 28 Okt ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved