
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 33 tahun dipenjara tujuh tahun dan diperintah menerima 10 sebatan kerana memiliki 33.33g syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Padillah Jamiry yang menukar pengakuan semasa perbicaraan diteruskan dan mengakui bersalah kepada tuduhan terhadapnya
Padillah didapati memiliki dadah tersebut pada pukul 2 petang pada 19 Jun 2023 di hadapan Kedai Star, Likas Plaza, di sini.
Kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga hukuman mati, serta sebatan sekurang-kurangnya 10 kali, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Pihak pendakwaan telah memanggil tiga saksi dalam perbicaraan dan pada Selasa sepatutnya ada dua saksi untuk memberi keterangan.
Semasa mitigasi, Padillah yang tidak diwakili peguam meminta hukuman diringankan dengan mengatakan dia mengalami sawan, asma dan masalah jantung.
Dia memaklumkan kepada mahkamah ia adalah kesalahan pertamanya, sangat menyesal dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Padillah juga memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai anak untuk dijaga.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sofia Sawayan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Padillah dengan alasan dia hanya menukar pengakuan selepas pihak pendakwaan memanggil tiga saksi dalam perbicaraan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


