Lelaki miliki sabit di tempat awam dipenjara lima tahun: Turut dikenakan hukuman sebat

27 Apr 2023 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang memiliki sebilah sabit diubah suai di tempat awam tanpa permit, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan diperintah dikenakan sebatan.

Muhamad Ain Kasim menukar pengakuannya dan mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, terhadap pertuduhan terhadapnya.

Dia didapati memiliki senjata itu di tempat awam tanpa sebarang permit pada 11 pagi, 3 November 2022 di kawasan Pasar Besar, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more Mahkamah memerintahkan Muhammad menjalani hukuman penjara itu dari tarikh penahanannya pada 3 November 2022.

Semasa mitigasi, Muhammad yang tidak diwakili peguam meminta hukuman diringankan dan hukuman dijalankan mulai tarikh dia ditangkap.

Tetapi, Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan.

Dalam kes lain, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Suraj Ramli mengaku masuk ke negeri ini tanpa sebarang dokumen dan ditahan pada 10 Mac tahun ini di kawasan bandaraya selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.

Dia diperintahkan menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap dan selepas selesai hukuman penjara, dia diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometriknya direkodkan sebelum dihantar pulang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.