Lelaki miliki, tanam pokok ganja dipenjara seumur hidup

25 Jul 2023 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 28 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan tujuh sebatan kerana memiliki serta menanam sebatang pokok ganja.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Nicklen Jaccqres, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Nicklen, pada Isnin.

Nicklen didapati bersalah kerana memiliki dan menanam pokok ganja setinggi 44.7cm seberat 6.38 gram itu pada 2.40 petang 19 Ogos 2020, di dalam bilik sebuah rumah di Kg Bahang, Jalan Hungab Nosoob di Penampang.

Dia disabitkan di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) Akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya enam sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Mahkamah memerintahkan Nicklen menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 19 Ogos 2020.

Semasa rayuan, peguam P.J Perira yang mewakili Nicklen, memohon hukuman setimpal mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Dia memaklumkan kepada mahkamah bahawa Nicklen adalah pesalah kali pertama.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat memandangkan kesalahan itu berleluasa dan serius.

Pihak pendakwaan telah memanggil enam saksi sementara pihak pembelaan hanya memanggil seorang saksi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.