Lelaki miliki wang hasil penipuan dipenjara, denda

29 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki miliki wang hasil penipuan dipenjara, denda

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 42 tahun didenda RM100 atau tiga hari penjara selepas didapati memiliki RM7,900 dalam akaun banknya yang disyaki diperoleh secara penipuan.

Peralen Sinnakolandai berasal dari Perak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Farrah Fariza Wan Ghazali.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Julai 2023 di Regency Park Apartment, Penampang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Sabah Bab 80), yang memperuntukkan denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 49 tahun didenda RM1,200 atau seminggu penjara kerana berjudi dalam talian di tempat awam.

Ismail Lamat didapati berjudi dalam talian menggunakan telefon bimbitnya pada jam 5.20 petang, 14 September lalu di luar sebuah kedai di Pusat Komersial Kepayan Ridge.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Hafiza Anggu hadir bagi pihak pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved