Lelaki ‘misteri’ meninggal dunia, polis cari waris

18 Nov 2026 • 9:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki ‘misteri’ meninggal dunia, polis cari waris

KLUANG – Seorang lelaki tanpa pengenalan diri yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Kluang-Paloh, berhampiran Estet Ladang Pamol di sini semalam, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mangsa yang identiti serta usianya belum dikenal pasti itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.38 pagi di Bahagian Trauma dan Kecemasan hospital berkenaan.

Menurutnya, sebelum itu, mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di lokasi kejadian sebelum sepasukan petugas perubatan HEBHK dihubungi untuk mendapatkan bantuan pada pukul 10.04 pagi.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi talian 07-7784222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki ‘misteri’ meninggal dunia, polis cari waris appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved