Lelaki ‘hidup semula’ selepas dibawa ke bilik mayat

18 Nov 2026 • 5:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki ‘hidup semula’ selepas dibawa ke bilik mayat

ABUJA: Seorang lelaki yang disangka meninggal dunia dalam kemalangan motosikal mengejutkan penduduk setempat apabila sedarkan diri selepas dibawa ke bilik mayat, malah meminta sebatang rokok sejurus tersedar.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu dilaporkan dibawa ke sebuah bilik mayat berhampiran Evwreni, di negeri Delta, Nigeria, pada malam Jumaat selepas dipercayai maut dalam kemalangan berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas dibawa ke situ, lelaki itu dilaporkan kembali sedarkan diri sebelum muncul dalam keadaan wajah dan tubuhnya diselaputi serbuk putih yang dipercayai digunakan untuk menguruskan jenazah.

Rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu berdiri sambil dikerumuni penduduk yang terkejut dengan kemunculannya.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan dikatakan meminta rokok dan pemetik api sebaik sahaja sedarkan diri, bukannya mendapatkan bantuan perubatan.

Dalam rakaman itu, seorang individu turut kedengaran mendesaknya menjalani pemeriksaan kesihatan selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya.

Kejadian itu mencetuskan suasana gembira dalam kalangan penduduk yang menyambut kepulangan lelaki berkenaan selepas disangka meninggal dunia.

Malah, penduduk turut menyediakan puff-puff, sejenis kuih goreng tradisional Nigeria, sebagai sebahagian daripada sambutan meraikan kejadian itu.

Sesetengah pengguna media sosial menyifatkan nasib lelaki itu terselamat sebagai satu keajaiban, manakala ada juga yang mempersoalkan bagaimana dia boleh disahkan meninggal dunia dan dibawa ke bilik mayat tanpa pemeriksaan perubatan sewajarnya.

Seorang pengguna dari Nigeria turut mendakwa kejadian seumpama itu pernah berlaku di kawasan kejiranannya lebih sedekad lalu.

Menurutnya, seorang lelaki pernah disahkan meninggal dunia oleh imam sebelum tiba-tiba tersedar di tanah perkuburan sekitar 2011 hingga 2012.

Sejak kejadian itu, lelaki berkenaan dikatakan menggunakan gelaran dua nyawa.- AGENSI

The post Lelaki ‘hidup semula’ selepas dibawa ke bilik mayat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved