Lelaki Misteri Tiba-tiba Buat Kecoh Di Mahkamah Ketika Perbicaraan Najib Razak

LocalPolitics
25 Aug 2022 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, Mahkamah Tinggi sekali lagi dipenuhi dengan pihak media untuk sambungan perbicaraan kes berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berkait dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Ketika perbicaraan sedang berlangsung, terdapat kekecohan di perkarangan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur apabila seorang lelaki tiba-tiba menjerit di hadapan pengamal media selama lebih kurang 5 minit.

image is not available

Menurut laporan Astro AWANI, lelaki yang lengkap bersut hitam itu mulanya membuat kekecohan di lobi Mahkamah Tinggi di tingkat empat sebelum dia dihalau turun di mana dia membuat bising di perkarangan Kompleks Mahkamah pula.

Lelaki berkenaan dikatakan membuat bising selama lima minit sebelum dibawa keluar oleh pihak polis, dia dikatakan menjerit dan mengeluarkan kata-kata mengenai Ahli Parlimen Pekan dan dirinya.

Identiti lelaki tersebut tidak dapat dipastikan dan penyokong kepada mantan Perdana Menteri itu, Datuk Seri Said Nazar Abu Bakar menafikan lelaki terbabit salah seorang daripada mereka.

Apa kes pulak ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.