Lelaki muat naik hantaran ugutan, perkauman ditahan

3 Apr 2023 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis memberkas seorang lelaki kerana disyaki membuat hantaran berbaur ugutan dan perkauman yang dimuat naik menerusi akaun Facebook pada 23 Mac lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Ahad.

"Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini (Isnin) hingga Rabu bagi membantu siasatan Seksyen 506 dan 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noorsiah berkata, orang awam dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga membangkitkan ketegangan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved