Lelaki Musnahkan ‘Gitar Taylor Swift’ Guna Tukul, Selepas Beli RM16,700

3 Oct 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki di negeri Texas mengundang kecaman ramai selepas memusnahkan gitar yang memiliki tandatangan penyanyi terkenal, Taylor Swift. 

Beli gitar

Menurut laporan stesen penyiaran NDTV, Gitar itu dibeli oleh lelaki tersebut pada hari yang sama dengan harga mencecah AS$4,000 (RM16,700) di acara lelongan Ellis County Wild Game Dinner di Texas. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @TONYxTWO, dia dilihat memegang gitar itu sebelum memusnahkannya dengan tukul di khalayak ramai. 

Dia juga berpura-pura menghempaskan guitar itu ke lantai, seolah-olah menunjukkan kebenciannya terhadap penyanyi pop tersebut.

Rakaman itu mencatatkan lebih 23 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

 

 

“Nilai kekayaan bersih Taylor Swift melebihi AS$1 bilion (RM4.2 bilion). Ini tidak menjejaskannya.

“Ini tidak menjejaskan Taylor Swift, namun dia (lelaki tersebut) telah kerugian AS$4,000,” komen beberapa netizen.

Sumber: Kosmo menerusi Agensi

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved