Lelaki Nekad Bakar Kasut Yeezy Bernilai RM70K Sebagai Tanda Protes Lepas Berang Dengan Kenyataan Kanye West

Entertainment
29 Oct 2022 • 2:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki di Amerika syarikat nekad membeli 40 pasang kasut jenama Yeezy dan membakarnya selepas berang dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik jenama itu, Kanye West @Ye baru-baru ini.

Keseluruhan kasut yang dibeli dan dibakar lelaki itu dianggarkan sekitar USD $15,000 (bersamaan kira-kira RM 70,000). Memetik laporan UNILAD, Danny Shiff berkata, beliau begitu kecewa dengan komen yang dimuatnaik oleh penyanyi rap itu dan bertindak membakar kasut yang dibelinya sebagai tanda protes.

image is not available

Berkata kepada sumber, Shiff sangat terbuka dengan kebebasan bersuara dan percaya semua orang berhak menyuarakan pendapat mereka.

Ye mengecewakan saya kerana sebagai individu yang berpengaruh, dia tidak patut menjadikan platform media sosial sebagai tempat menyemai kebencian.”

Kanye West sebelum ini mencetuskan perbalahan di media sosial apabila membuat naik satu ciapan yang didakwa banyak pihak sebagai berbaur kebencian dan bersifat perkauman. Tindakannya itu ternyata memakan diri sendiri apabila beberapa jenama terkemuka dunia yang melantiknya sebagai duta menarik balik kontrak dengannya.

image is not available

Untuk rekod, salah satu jenama sukan terkenal dunia, Adidas, telah mengumumkan pembatalan kerjasama mereka dengan Kanye West berhubung tweet penyanyi itu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.