Lelaki nyaris lemas, rakan dihanyutkan arus deras

12 Feb 2023 • 8:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa dibawa naik selepas berjaya berpaut pada tebing di Sungai Pisang.

image is not available
Anggota bomba sedang mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus deras di Sungai Pisang pada Ahad.

GOMBAK - Seorang lelaki sempat berpaut pada tebing sementara rakannya dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Pisang di sini dalam kejadian lewat petang Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 6.57 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.30 malam.

"Kejadian melibatkan dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang dipercayai mandi di lokasi kejadian ketika hujan lebat," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

**media[2090773]**

Tambah beliau, mangsa terselamat setelah berpaut pada tebing bagaimanapun terkandas di seberang sungai.

"Bagaimanapun, seorang rakan mangsa dipercayai telah dihanyutkan arus deras ketika kejadian.

"Usaha membawa naik mangsa dan mencari seorang lagi mangsa sedang dijalankan," katanya.