Lelaki nyaris tercekik skru dalam pulut panggang bazar Ramadan

LocalFood
21 Feb 2026 • 1:49 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

ALOR SETAR – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila hampir tercekik selepas menemui sebatang skru di dalam kuih pulut panggang yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan di Kedah, baru-baru ini.

Kejadian itu dikongsikan menerusi satu video di platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai Affendy02, yang memaklumkan insiden berkenaan berlaku ketika dia sedang menikmati juadah berbuka puasa.

Menurutnya, dia hanya menyedari kewujudan objek besi tersebut selepas tergigit sesuatu yang keras ketika mengunyah pulut udang atau pulut panggang berkenaan.

“Satu dalam 1,000. Aku nyaris tercekik skru waktu berbuka tadi. Selamat masa kunyah pulut udang boleh tergigit skru.

“Kalau dawai kokot tu biasa sangat dengaq (dengar). Harap peniaga bazar ni tengok-tengok sama bendasing macam ni. Naya orang woo,” katanya dalam hantaran tersebut.

Video itu kemudiannya tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut dengan penemuan berkenaan.

Seorang pengguna, Rajasalleh3, berpendapat skru tersebut berkemungkinan tercampur daripada mesin parut kelapa yang digunakan untuk menyediakan inti kuih.

“Mungkin mesin kelapa punya skru,” tulisnya di ruangan komen.

Selain itu, ada juga yang meluahkan kebimbangan terhadap tahap kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan di bazar Ramadan.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada aduan rasmi telah dibuat kepada pihak berkuasa. Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati ketika menikmati makanan serta segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami kecederaan akibat insiden seumpama itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved