Lelaki OKU dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan

12 Jun 2025 • 9:55 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan berhampiran Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Syed Alwi Syd Mohd Ali Hanafiah, 30, dikatakan pergi ke sungai itu bersama adiknya untuk memancing.

“Kejadian berlaku kira-kira 3 petang ketika mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus dan tenggelam.

“Adik mangsa berusaha menyelamatkannya, namun gagal,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) Syed Alwi bermula 7 malam tadi melibatkan pelbagai agensi penyelamat.

Operasi SAR telah ditangguhkan malam ini dan akan bersambung 8 pagi esok.