Lelaki Orang Asli Maut Dipercayai Diserang Harimau Di Sungai Siput

19 Nov 2026 • 9:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lelaki Orang Asli Maut Dipercayai Diserang Harimau Di Sungai Siput

IPOH, 19 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki Orang Asli maut dipercayai akibat serangan harimau ketika mencari buluh di kawasan hutan Lata Serai, Kampung Bawong dekat Sungai Siput, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata mangsa Ngah Itam, 65, yang merupakan bapa tunggal kepada lima anak dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mohd Zolkafly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang berkata beliau menerima berita mengenai kejadian itu daripada Ketua Balai Polis Lintang selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Mexclub kali ke-62 di Desaru, Johor semalam.

"Ini merupakan kejadian kedua yang mengorbankan nyawa penduduk akibat serangan harimau di kawasan Sungai Siput dalam tempoh hampir dua bulan.

"Pada 21 Sept lepas, seorang penduduk Kampung Takong, Pos Perwor, turut meninggal dunia selepas dipercayai diserang harimau ketika mencari rotan di hutan," katanya.

Justeru, Mohd Zolkafly berharap pemantauan dan langkah keselamatan di kawasan berisiko dipertingkatkan segera selain turut meminta penduduk Kampung Bawong dan kawasan berhampiran sentiasa berwaspada, menjauhi kawasan kejadian dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Baca juga:

Beliau turut merakamkan takziah dan berharap anak-anak serta ahli keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved