Lelaki Orang Asli tidak mengaku rogol kenalan perempuan bawah umur

13 Nov 2026 • 12:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki Orang Asli tidak mengaku rogol kenalan perempuan bawah umur

TELUK INTAN: Seorang lelaki Orang Asli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur di Tapah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Bah Jelee Semat, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rafidah Che Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pos Woh, Batu 7, Jalan Pahang di Tapah pada pukul 1 pagi pada April 2024.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Hamzah.

Hakim Rafidah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa selain melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – UTUSAN

The post Lelaki Orang Asli tidak mengaku rogol kenalan perempuan bawah umur appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved