Lelaki Pakistan ditahan disyaki cuba sogok polis

2 Mar 2024 • 2:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki warga Pakistan disyaki cuba menyogok anggota polis di sekatan jalan raya di Tumpat, di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 1.20 pagi ketika memandu sebuah van, yang turut dinaiki seorang rakan senegaranya.

“Ketika ditahan, lelaki berkenaan cuba menyogok anggota polis bertugas sebanyak RM200 sebagai dorongan agar tidak diambil tindakan undang-undang.

“Lelaki itu didapati tidak memiliki lesen kenderaan barangan (GDL) dan menyalahgunakan pas perjalanan,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini telah membenarkan lelaki itu direman enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved