Lelaki Paksa Warga Emas Imbas Kod QR Di Hospital Sibu, Polis Diminta Bertindak Segera

5 May 2025 • 5:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kod QR Atas Nama ‘Amal’, Tapi Tindakan Buat Ramai Bengang

Lelaki Paksa Warga Emas Imbas Kod QR Di Hospital Sibu, Polis Diminta Bertindak Segera. Penduduk Sibu kini dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang didakwa memaksa warga emas untuk menderma wang melalui kod QR — bukan sekali, tapi dengan taktik yang sama seperti insiden viral di Bintulu sebelum ini.

Kejadian ini berlaku di lobi utama Hospital Sibu pada Isnin lalu apabila lelaki dipercayai warganegara China itu dilihat menghampiri dua warga emas yang sedang berehat, lalu menunjukkan kod QR sambil mendesak mereka ‘menderma’.

image is not available
Lelaki Paksa Warga Emas Imbas Kod QR Di Hospital Sibu, Polis Diminta Bertindak Segera. Sumber foto: Facebook

Menurut perkongsian Facebook oleh pengguna bernama Arbee Hussein, dia sendiri menyaksikan kejadian tersebut.

“Nasib baik saya tegur dan dia terus lari. Dia minta derma depan warga emas sambil tunjuk kod QR,” tulisnya.

Bukan Kes Pertama – Modus Operandi Sama Pernah Dikesan di Bintulu

Tindakan lelaki itu bukan kali pertama berlaku. Menerusi hantaran di laman Facebook Berita Sibu, individu yang sama dikatakan pernah tular di Bintulu kerana meminta derma dengan cara serupa – minta minimum RM20 setiap kali, guna QR dan cerita “buat amal”.

“China man yang tular di Bintulu minta derma guna kod QR dah sampai Sibu. Pandai-pandailah menilai,” kata satu posting.

Netizen Naik Angin: “Ini Bukan Amal, Ini Ugutan Halus”

Perbuatan ini bukan saja menimbulkan persoalan tentang niat sebenar lelaki itu, malah mengundang kemarahan ramai. Ramai menyifatkan tindakan tersebut sebagai ugutan halus, terutama bila menyasarkan golongan warga emas yang mungkin tak mampu berkata ‘tidak’.

Orang Ramai Minta Pihak Berkuasa Bertindak

Ekoran kejadian ini, ramai mendesak polis dan pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat dan ambil tindakan tegas. Mereka mahu isu ini tidak dibiarkan berulang, lebih-lebih lagi bila melibatkan golongan rentan seperti warga emas.

Setakat ini, polis masih belum keluarkan kenyataan rasmi. Tapi netizen dah mula risau kalau ada lebih ramai ‘scammer QR’ yang akan ambil kesempatan.

Nasihat Ikhlas: Jangan Mudah Terpedaya, Amal Jangan Sampai Dipaksa

Zaman sekarang, teknologi makin canggih – termasuklah cara nak minta duit. Tapi bila derma jadi macam paksaan, ni dah lain macam. Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dan jangan mudah imbas QR yang diberi orang tak dikenali, walaupun atas nama “buat amal”.

Kalau korang pernah nampak lelaki ni atau alami situasi sama, kongsikan dengan komuniti. Sama-sama kita jaga antara satu sama lain, okay?

Baca juga artikel yang berkaitan: