Tular Video Pakcik Berdiri Rapat & Lintas Landasan Keretapi, KTMB Tampil Beri Respon

Entertainment
30 Apr 2025 • 6:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki warga emas melintas landasan keretapi yang dikatakan berlaku di Kelantan.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat menunggu di ruangan sempit di mana ia sangat rapat dengan landasan sebelum selamba melintas selepas keretapi itu melepasinya dan menuju ke kawasan perumahan yang berhampiran.

Susulan dengan kejadian tersebut, pihak KTM Berhad tampil memberikan respon menerusi ruangan komen hantaran video tersebut.

Pihak KTMB menegaskan bahawa ia adalah satu tindakan bahaya dan perbuatan itu boleh menyebabkan pelaku didenda.

 

“KTMB ingin memaklumkan bahawa melintasi atau menceroboh landasan kereta api adalah perbuatan berbahaya dan dilarang di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Ia bukan sahaja boleh dikenakan denda sehingga RM500, malah boleh mengancam nyawa.”

Menjengah ke ruangan komen, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang anggap bahawa pakcik tersebut seperti sudah arif dengan keadaan itu kerana nampak yakin melintasi landasan tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Apapun, jagalah keselamatan diri sebab malang tidak berbau, perkara buruk boleh jadi tanpa diduga.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.