Lelaki panah anjing telah didakwa pada 23 Disember - Polis

27 Dec 2024 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto menunjukkan keadaan Kutty selepas dipanah.

IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai membunuh seekor anjing di Ladang Malaya, Selama dengan memanah haiwan tersebut, telah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada 23 Disember.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, suspek berusia 44 tahun itu, dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu tarikh perbicaraan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

"Suspek telah dibebaskan pada hari sama (23 Disember) selepas dituduh di mahkamah sementara menunggu tarikh perbicaraan kes,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Jumaat.

Zulkafli berkata, polis telah menahan lelaki berkenaan sekitar jam 4.30 petang, 22 Disember, selain merampas satu busur panah dan lima batang anak panah yang dipercayai digunakan membunuh anjing dikenali dengan nama Kutty itu.

Terdahulu Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mengecam keras insiden berkenaan yang disifatkan sebagai mencabar prinsip asas kemanusiaan serta perlu dikenakan tindakan sewajarnya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved