Berang tak diberi laluan tukar lorong, lelaki khianat kereta wanita Taiwan di JB

LocalPolitics
27 Dec 2024 • 10:25 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan polis selepas didapati mengkhianat sebuah kereta milik wanita warganegara Taiwan berusia 35 tahun di Jalan Pantai, Johor Bahru, pada 21 Disember 2024.

Kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kerana mangsa didakwa enggan memberi laluan untuk menukar lorong.

Kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk melibatkan pintu hadapan, bonet, bumbung, serta cermin sisi dan hadapan. Video kejadian tersebut turut tular di media sosial, mendorong siasatan lanjut oleh pihak polis.

Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menahan suspek pada 23 Disember 2024 di Bukit Senyum, Johor Bahru.

Pemeriksaan latar belakang mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah, namun ujian air kencing menunjukkan keputusan negatif.

Suspek kini direman selama enam hari bermula 24 hingga 29 Disember 2024 untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara hingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved