Lelaki patah jari dipukul kontraktor rumah

20 Jan 2025 • 1:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bahrin

KLUANG - Hanya kerana memberi penjelasan mengenai kerja pembaikan rumah, seorang eksekutif kanan sebuah syarikat pemaju parah dipukul seorang kontraktor di Meridian Taman Kluang Barat di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 petang ketika mangsa berusia 49 tahun ke rumah suspek berusia 38 tahun bertujuan menjelaskan mengenai kerja pembaikan rumah tersebut.

“Suspek tidak berpuas hati memarahi dan menendang belakang badan mangsa serta merampas beg lalu memukul kepala beberapa kali.

"Suspek turut menumbuk dada kiri hingga menyebabkannya mengalami luka di kepala dan patah jari tangan kiri," katanya.

Bahrin berkata, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang jam 11.30 pagi pada Isnin.

"Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved