Lelaki patah tangan kanan dua kenderaan bertembung

LocalCars
19 Jan 2025 • 10:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki patah tangan kanan dalam insiden kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Danga di sini pada awal pagi Sabtu. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Kumarasan

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki patah tangan kanan dalam insiden kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Danga di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 3.15 pagi melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dengan kereta jenis Mercedes Benz di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila SUV jenis Perodua Aruz yang dipandu seorang lelaki warga tempatan datang dari arah Jalan Bestari dan sedang bergerak lurus ke Jalan Persiaran Indah ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.

“Bagaimanapun, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Mercedes Benz dari arah sebelah kanan serta tidak berhenti hingga melanggar Perodua Aruz di bahagian sisi hadapan sebelah kanan.

“Perlanggaran itu menyebabkan pemandunya patah tangan kanan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa sehingga menyebabkan kemalangan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved