Lelaki pegang pistol dalam video tular dipercayai anggota polis

9 Nov 2026 • 1:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki pegang pistol dalam video tular dipercayai anggota polis

PETALING JAYA : Seorang lelaki yang memegang objek menyerupai pistol dalam paparan video tular di media sosial dipercayai merupakan anggota polis yang sedang bertugas dalam Op Tapis Khas di Jalan Sultan Salahuddin, ibu negara, Sabtu lalu.

Kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan sebuah Honda Accord hitam dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, ketika polis menghampiri kenderaan itu untuk pemeriksaan, pemandunya bertindak memandu secara melulu dan melanggar sebuah Honda City biru bagi meloloskan diri.

“Polis berjaya mengesan semula kereta berkenaan di persimpangan Jalan Sultan Salahuddin sebelum bertindak mengejarnya pada pukul 6.40 petang,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lelaki kemudian keluar dari Honda Accord itu sebelum melarikan diri.

“Pemeriksaan awal terhadap kereta terbabit tidak menemukan sebarang barang yang menyalahi undang-undang.

“Polis kini mengesan kedua-dua lelaki berkenaan bagi membantu siasatan lanjut,” jelasnya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 13 saat yang dimuat naik di media sosial Threads memaparkan keadaan di sebuah persimpangan jalan ketika lampu isyarat merah

Video itu memaparkan seorang lelaki memegang objek menyerupai pistol sambil mengejar sebuah kereta di persimpangan jalan berkenaan. – UTUSAN

The post Lelaki pegang pistol dalam video tular dipercayai anggota polis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved