[VIDEO] 3 maut disambar petir: Mangsa berteduh bawah pokok lepas baiki kereta

9 Nov 2026 • 7:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] 3 maut disambar petir: Mangsa berteduh bawah pokok lepas baiki kereta

Sepang – Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun antara yang maut disambar petir dalam kejadian berlaku di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dua lagi mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 16 dan 26 tahun.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat.

“Mangsa sebelum itu berteduh di bawah pokok disebabkan hujan sebelum disambar petir.

“Sebelum itu, ketiga-tiga mangsa berteduh di bawah pokok selepas membaiki sebuah kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan tiga jasad yang sudah bertutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki rosak.- KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] 3 maut disambar petir: Mangsa berteduh bawah pokok lepas baiki kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved