
Tular di media sosial, seorang lelaki peluk dua murid yang merupakan anak yatim telah undang rasa sebak ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang penceramah motivasi di laman TikToknya, dapat dilihat seorang lelaki dari arah tempat duduk ibu bapa meluru memeluk dua murid lelaki yang sedang berdiri di hadapan.
@kakanneomey Hebat ayah ni, meluru memeluk anak-anak ini yg mesti merindui ayah dan ibu yg telah mereka hilang. Salah seorang ibu nya sudah tiada, dan sorang lagi ayah pula yg sudah pergi. Tanggungjawab kita apa saudara ku? Bertanggungjawab lah sebelum kita di soal di sana. Mereka bukan anak kita tp ujian mereka adalah ujian juga buat kita. Allah uji tanda syg#fyp #fyppppppppppppppppppppppp #trend #viral #parenting
♬ bunyi asal - - ༺TᗩᑌᖇᑌՏ ᗷOY༻
Dalam perkongsian itu, penceramah tersebut meluahkan rasa kagum apabila melihat situasi tersebut ketika mengendalikan sebuah program motivasi di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda SG Kemahal Bentong, Pahang.
Lelaki peluk dua murid


“Hebat ayah ni, meluru memeluk anak-anak ini yang mesti merindui ayah dan ibu yang telah mereka hilang.
“Salah seorang ibunya sudah tiada dan seorang lagi ayah pula sudah pergi.
“Tanggungjawab kita apa saudara ku? Bertanggungjawab lah sebelum kita disoal di sana, mereka bukan anak kita tapi ujian mereka adalah ujian buat kita juga.
“Allah uji tanda sayang,” ujarnya.
Lelaki peluk dua murid

Netizen turut sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak dan memuji tindakan lelaki itu yang sedikit sebanyak mampu mengubati rasa rindu dua orang murid tersebut terhadap insan tersayang mereka yang sudah pergi.

Ada netizen faham perasaan dua murid tersebut
Malah, ada segelintir individu beranggapan bukan mudah untuk menerima kehilangan insan tersayang kerana ia adalah satu pengalaman yang menyakitkan sehingga mengundang kepada kesedihan yang mendalam, hampa, dan kesepian.
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar kedua murid tersebut dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.



Sumber: TikTok @kakanneomey



