Suami tangkap isteri curang, netizen wanita husnuzon -“Mesti ada sebab bini dia macam tu”

LocalEntertainment
8 Oct 2024 • 1:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tangkap isteri curang

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang lelaki tangkap isteri curang bersama jejaka lain telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di laman TikToknya, isterinya yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan anggota polis berada dalam sebuah kenderaan di sebuah lokasi.

Dalam video tersebut, lelaki itu meminta isterinya untuk keluar daripada kenderaan yang dikunci namun, wanita terbabit bertindak melarikan diri.

Tangkap isteri curang

image is not available

Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur apabila perbuatan curang isterinya itu telah terbukti kerana sebelum ini dia hanya mengetahui khabar angin itu daripada orang terdekat.

“Terima kasih ya Allah dengan petunjukmu, doaku dimakbulkan.

“Sekadar berkongsi untuk pengajaran, orang dok mai cerita kata isteri saya ada hubungan sulit dengan anggota polis dah terbukti,” katanya.

Tangkap isteri curang

image is not available

Netizen wanita suruh husnuzon

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen wanita bersangka baik dengan mendakwa isteri lelaki tersebut mempunyai sebab tersendiri sehingga tergamak berlaku curang.

image is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Malah, netizen meminta lelaki terbabit untuk menyiasat perbuatan curang itu dengan lebih mendalam kerana bimbang orang ketiga dalam isu tersebut tidak mengetahui status isterinya sepanjang perkenalan mereka.

Dalam pada itu, ada netizen yang memberi cadangan agar lelaki itu membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan tertib diambil ke atas anggota tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Angahtowing7