Lelaki Positif Dadah Tayang Pistol Di Kuala Terengganu Ditahan Polis, Dakwa Jumpa Dalam Tong Sampah

Entertainment
19 Jul 2024 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila mengacu sepucuk pistol disyaki tiruan ketika menunggang motosikal di Kuala Terengganu.

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Besar, Kuala Terengganu yang menimbulkan kegusaran orang awam.

Lelaki berjaket hitam itu juga dilihat telah menghalakan pistol berkenaan kepada orang awam sebaik tiba di lampu isyarat dan menunggang motosikal dalam keadaan terhuyung-hayang.

Lelaki dakwa jumpa pistol dalam tong sampah

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, lelaki berusia 26 tahun tersebut sudah ditahan polis di sebuah premis di Jalan Sultan Mahmud pada jam 1.30 petang, semalam.

Penangkapan itu hasil operasi pihak polis yang menerima maklumat awam berdasarkan video yang tular di Facebook.

image is not available

Pihak polis juga pada masa yang sama telah merampas beberapa barang kes termasuklah sepucuk pistol yang dipercayai tiruan berwarna hitam dan sebuah motosikal jenis Honda C70.

Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat dan mendakwa mengambil pistol itu di dalam tong sampah berhampiran Bulatan Ladang,” katanya.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek yang beralamat di Ranau, Sabah itu positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek juga difahamkan mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Akta Keganasan Rumah Tangga. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjat Api 1960.

Seriau lah tengok dia acu-acu pistol macam tu. Nasib baik tiruan.

Sumber: Harian Metro, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.