Lelaki PTI ugut tetak dijel 8 bulan

20 Oct 2022 • 4:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini Rabu menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap seorang lelaki pendatang tanpa izin (PTI) berusia 50 tahun kerana mengugut untuk mencederakan seorang lelaki menggunakan parang.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Yaser Ainal selepas dia mengaku melakukan kesalahan itu terhadap seoang Alikbin Hamdi Ilung pada jam 11 pagi 17 Ogos di tapak pembinaan di Bukit Sepanggar, Mangggatal.

Yaser didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Yaser, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman itu berjalan dari tarikh dia ditangkap, dengan mengatakan dia bapa tunggal dan tiada sesiapa yang akan menjaga anak-anaknya jika dia dipenjarakan untuk tempoh lama.

Inspektor Kelvan Elson Maik memohon hukuman setimpal.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya Yaser dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Dalam kes lain, seorang peniaga berusia 39 tahun didakwa memiliki mata wang palsu.

Faizul Nazreen Yusof mengaku tidak bersalah memiliki 1,800 keping wang kertas USD100 palsu dengan niat untuk menggunakannya sebagai wang tulen pada jam 5.20 petang 20 Jun tahun ini di sebuah rumah di Taman Wawasan Mahandoi, Donggongon, Penampang.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM3,000 dengan dua penjamin.

Peguam Luke Ressa Balang, yang mewakili Faizul memohon jaminan lebih rendah.

Lovely menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan menawarkan tertuduh ikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.