Lelaki gaji dua PTI didenda RM20,000

20 Oct 2022 • 4:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki didenda sejumlah RM20,000 kerana mengupah dua pendatang tanpa izin (PTI).

Lam Yew Fatt mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadapnya.

Lam didenda RM10,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit. Dia didapati menggaji warga Filipina berusia 48 dan 36 tahun itu, yang tidak mempunyai sebarang dokumen, pada pukul 1.25 tengah hari 5 Jan tahun ini di KK Centre Point Motor Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Lok Kawi, Putatan.

Kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM10,000 dan RM50,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.

Ketika meminta hukuman ringan, Lam memaklumkan mahkamah bahawa semasa pandemik, perniagaannya terjejas dan dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk memperbaharui pas kerja pekerjanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abdul Lamit dari Jabatan Imigresen, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Mahkamah membenarkan permohonan Lam untuk membayar denda secara ansuran di mana bayaran pertama RM5,000 perlu dibayar selewat-lewatnya Rabu, bayaran kedua RM15,000 pada atau sebelum 30 Nov tahun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.